ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SK SUNGAI NIBONG...SEMOGA MENDAPAT INFOMASI TERKINI

Khamis, 8 April 2010

BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG


Ukuran bendera Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong ialah 91.5 cm (3 kaki) lebar dan 183 cm (6 kaki) panjang. Nisbah yang sebenar bagi bendera sekolah ialah 1 : 2

Bendara sekolah mengandungi 3 jalur iaitu biru tua, kuning dan merah yang sama lebar. Warna-warna ini melambangkan warna utama bagi lencana sekolah yang terdapat di bahagian tengah bendera.

Warna biru tua melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian jiwa. Warna kuning memberi makna kesucian agama islam di bawah pemerintahan sistem beraja. Warna merah melambangkan keazaman, keberanian dan kecekalan mengejar matlamat "USAHA PASTI JAYA" yang tertera di dalam lencana sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan