ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SK SUNGAI NIBONG...SEMOGA MENDAPAT INFOMASI TERKINI

Rabu, 7 April 2010

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini dibina peringkat awal pada tahun 1956 secara gotong royong oleh penduduk tempatan dengan beratap nipah. Pada 16 Julai 1956 sekolah ini dibuka dengan 20 orang pelajar dan 3 orang guru.


3 orang guru tersebut ialah Encik Tamsir b Zaidon selaku Guru Besar pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Encik Mokhtar b Kamaruddin dan Encik Zainal b Haji Mohd Nor.

Pada 20 Julai 1959 sekolah ini ditukar namanya dari Sekolah Melayu Sungai Nibong kepada Sekolah Umum Sungai Nibong. Tanggal 8 April 1966 namanya ditukar pula kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong hingga hari ini dengan nombor pendaftaran BBA6031.

Pada tahun 1957 sekolah telah mendapat bangunan tambahan beratap zink hasil kutipan derma orang kampung. Pada tahun 1958 Kerajaan Negeri Selangor telah membina bangunan tambahan (kayu) 3 bilik darjah dan kekal hingga ke hari ini yang dikenali sebagai blok A.

Pada tahun 1971 sebuah bangunan tambahan telah dibina dengan indahnya. Di dalamnya dimuatkan dengan 4 bilik darjah, Pejabat Guru Besar, stor dan 2 buah tandas. Bangunan ini sekarang dijadikan Dewan Seri Nibong yang terletak di blok B. Oleh kerana pertambahan murid yang ramai, pada tahun 1975 sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina dan mengandungi 6 bilik darjah, 2 buah stor dan 2 buah tandas. Bangunan ini dikenali sebagai blok C.

Pada 4 Jun 1983 bangunan tambahan 2 tingkat telah dibina. Ianya mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, musolla, bilik guru, perpustakaan, bilik muzik, stor dan bilik wuduk. Bangunan ini dikenali sebagai blok D hingga hari ini.

Terdapat juga kemudahan rumah guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong. 2 buah bangunan rumah guru kayu yang pertama dibina pada tahun 1960 yang boleh memuatkan 4 buah keluarga. Pada tahun 1993 sebuah bangunan rumah guru batu dibina untuk 2 buah keluarga.

Bangunan kantin pertama yang dibina pada tahun 1978 dan sekarang dijadikan stor pengakap. Bangunan kantin yang kekal hari ini telah siap dibina pada tahun 1983. Pihak sekolah mendapat bangunan khas untuk perpustakaan pada tahun 1990.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan